Friday, May 25, 2007
Kesunyian.
Tidak lagi pandai bagiku untuk membetulkan ayatku,
Perkataan terhenti begitu sahaja
Emosi terhenti begitu sahaja.
Bagaikan tidak mahu didengari orang,
Runsing kepala dibuat.
Kerana aku sahaja yang dapat dengarkan
Betapa pahitnya hatiku sedang merana.

Aku sahaja yang dapat memahaminya
Aku sahaja yang dapat merasakannya.
Sedih, tidak terkata
Sayang, lagi tidak terkata
Rindu, boleh dikatakan masih
Tetapi oleh kerana waktu yang tidak membenarkan…

Aku dilanda ombak kesunyian.
Sedih pilu,
Biarlah sahaja.
Biar dia yang bahagia,
Biar dia yang bersenyum mesra.

Sedih, pilu, tidak terkata.
Walaupun hati masih tetap menyayanginya,
Biarlah sahaja dia bergembira.
Kerana sekarang dia menganggap aku
Sebagai insan biasa.

Aku tahu, aku rindu.
Tetapi ombak laut telah menariknya kepada pulau yang lain.
Pulau yang mungkin menjanjikan lebih kasih sayang
Pulau yang mungkin akan mengukirkan senyuman yang lebih manis pada raut mukanya.
Pulau yang mungkin...
Lebih baik dari pulauku.

Tetapi aku memohon,
Jika pulau yang didiaminya tidak begitu apa yang diharapkannya,
Aku berhenti berharap supaya pulau aku
Yang akan dikembalikan dirinya.
Kerana, aku masih tetap menunggu kehadirannya.

Dari setiap sudut dihatiku,
Aku benar-benar meminta maaf
Jika...
Jelinganku telah menyakiti hatimu.
Jika...
Tersia-sia sahaja engkau mengukir senyuman manis di bibir.
Kelakuanku disebabkan,
Aku begitu rindu dengan mu, hinggakan
Aku terpaksa tonjolkan perasaan dengki
Buat pertama kalinya terhadap mu...

Maafkan aku kekasih lama yang aku amat sayangi...


IMY.GuinSKWNY

Labels: ,

6:53 AM


sobre mí.
Lyra Diyana. I will be your random shoulder&ears when you've got no one else in the whole wide world. I will. =]

msn; busygerl_diyana@hot

charla.

archivos.
  • 05/25/07
  • 06/04/07
  • 09/11/08
  • 02/04/09
  • 02/08/09
  • 02/13/09
  • 02/23/09

  • recientemente.
  • I Can't Potray
  • Blushing and Smiling
  • Random Letter I Came Across
  • Distinguish Disguised
  • Magical Pallatte
  • FIRIII
  • Un-guarded pathway.
  • Kesunyian.

  • visitantes.